Thursday, October 8, 2009

BEZA TINGKAT MANUSIA DALAM MENERIMA NASIHAT

Sahabat-sahabat pasti biasa mendengar nasihat dan tazkirah dalam sebuah majlis ilmu. Setiap kali manusia itu mendengarkan nasihat yang disampaikan, muncul suatu kesedaran yang spontan sehinggakan dia merasakan sangat menyesal dengan perbuatannya. Namun apabila dia keluar dari majlis ilmu tersebut, tabiat lama dan sikapnya kembali seperti biasa. Apabila kita renung kembali, tidak mungkin setiap manusia yang mendengarkan nasihat ketika itu berada dalam kondisi yang sama. Kondisi bagaimana yang dimaksudkan?

Kesimpulan dari Imam Ibnu Al-Jauzy, kondisi pertama adalah umpama seseorang itu disebat dengan cemeti, apabila selesai disebat dengan cemeti dia tidak merasakan kesakitannya. Kondisi kedua pula, tatkala dia mendengarkan nasihat, hati dan dirinya berada dalam kondisi yang sangat rendah. Dia melepaskan semua ikatan duniawi dan menghadirkan hatinya untuk menerima dan mendengarkan nasihat yang diberikan. Tetapi apabila dia kembali disibukkan dengan urusan duniawinya, dia kembali kepada sikap lamanya.

Mengapa dia boleh kembali kepada sikap lamanya? Kuncinya adalah kesedaran yang tinggi dan tekad yang kuat untuk berpegang pada prinsip yang dia yakini. Malah dia akan memberontak jika sikapnya itu tidak sesuai dengan prinsip yang dia yakini.
Dan tidak lupa segolongan manusia yang seperti pohon-pohon goyah yang ditiup angin yang terkadang terseret dengan nafsu sendiri. Setiap kali nasihat menghembus, keimanan dan amal pun turut meningkat. Dan menurut saya janganlah menjadi satu golongan lain iaitu ‘manusia batu’…..

No comments:

Post a Comment