Thursday, October 8, 2009
BEZA TINGKAT MANUSIA DALAM MENERIMA NASIHAT
Kesimpulan dari Imam Ibnu Al-Jauzy, kondisi pertama adalah umpama seseorang itu disebat dengan cemeti, apabila selesai disebat dengan cemeti dia tidak merasakan kesakitannya. Kondisi kedua pula, tatkala dia mendengarkan nasihat, hati dan dirinya berada dalam kondisi yang sangat rendah. Dia melepaskan semua ikatan duniawi dan menghadirkan hatinya untuk menerima dan mendengarkan nasihat yang diberikan. Tetapi apabila dia kembali disibukkan dengan urusan duniawinya, dia kembali kepada sikap lamanya.
Mengapa dia boleh kembali kepada sikap lamanya? Kuncinya adalah kesedaran yang tinggi dan tekad yang kuat untuk berpegang pada prinsip yang dia yakini. Malah dia akan memberontak jika sikapnya itu tidak sesuai dengan prinsip yang dia yakini.
Dan tidak lupa segolongan manusia yang seperti pohon-pohon goyah yang ditiup angin yang terkadang terseret dengan nafsu sendiri. Setiap kali nasihat menghembus, keimanan dan amal pun turut meningkat. Dan menurut saya janganlah menjadi satu golongan lain iaitu ‘manusia batu’…..
AWASI MASA MUDAMU

Manusia yang cerdas pasti akan bersedia dan lengkapkan bekal untuk bermusafir apatah lagi perjalananya itu cukup jauh. Dia tidak tahu pa-apa yang boleh menimpa dirinya sepanjang dia bermusafir. Dan dia juga tidak tahu bila dia akan berangkat untuk memulakan perjalanan. Awasi masa mudamu, jangan tertipu. Boleh sahaja mereka berpisah dengan teman-teman sebaya secara tiba-tiba. Tetapi aneh, apa yang dapat dilihat adalah mereka lalai dan alpa dengan angan-angan.
Pasti lucu, seseorang mengatakan, “Aku akan sibukkan dengan menuntut ilmu, lalu aku beramal kemudia”. Dia terus beralasan sambil berehat, menunda untuk bertaubat dan menunda melakukan amal. Tetapi lebih gembira dirinya hanyut dalam kelalaian dan fitnah.
Dia lupa kematian sentiasan mengintip dirinya dan siap untuk menjemputnya. Orang bijaksana memberikan hidupya sesuai hak. Jika maut menjemput, dia siap. Sekiranya harapanya tercapai, makin bertambahlah kebaikannya.
INDAHNYA WAKTU PAGI
“Untuk membezakan seorang mukmin yang sejati dengan orang munafik adalah dengan solat subuh dan solat isya’, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengeathui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan dating kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]
Setakat ini ada pertanyaan.”
“Assalamualaikum Ustaz. Saya nak tanya bagaimana cara yang memudahkan saya untuk untuk bangun solat subuh. Saya pernah mendengarkan bahawa solat Subuh mempunyai misteri tersendiri dan berusaha untuk kea rah itu tetapi ustaz saya telah berusaha untuk mengunci jam loceng dan handphone untuk membolehkan saya bangun, tapi tak berhasil setiap hari?” Tanya seorang pelajar di kuliah pengajian Islam.
Dari ilustrasi ringkas tadi adalah perkara biasa dikalangan masyarakat sekarang, secara khususnya kepada kehidupan seorang pelajar atau mahasiswa. Pertanyaan yang sama sering bermain di dalam fikiran mereka, meskipun ada yang berusaha mencari jalan penyelasaiannya dan tidak kurang juga yang hanya sekadar dengan kata keluhan tanpa sebarang usaha. Banyak ragam yang boleh kita lihat tentang penyelesaian masalah ini.
Solat subuh mempunyai banyak misteri dan kelebihan yang tersendiri, antaranya pahala solat subuh berjamaah sama dengan pahala solat sunnah semalaman. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dari Usthman bin Affan ra.
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunnah setengah malam. Dan barangsiapa solat berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh” [HR Muslim]
Sebenarnya ramai orang muslim yang mengetahui nilai bagi solat subuh berjamaah di masjid bagi lelaki dan solat di awal waktu bagi perempuan. Satu pertanyaan saya lontarkan kepada pembaca, adakah sebanding solat subuh berjamaah sepanjang tahun dengan solat satu malam di malam Lailatul Qadar?Bukan bermakna saya hendak mengecilkan tingkat nilai malam Lailatul Qadar, tetapi malam Lailautul Qadar adalah malam untuk hambaNya yang terpilh, hambaNya yang beribadah bersungguh-sungguh sepanjang tahun secara constant dan sabar. Bukan semua orang akan mendapatkan ganjaran malam tersebut dan bukan bermakna kita tidak berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar. Tetapi yang berlaku hari ini adalah kaum muslimin berlumba-lumba untuk bangun mengerjakan solat pada malam tersebut tetapi pada hari-hari lain tidak sanggup bangun solat subuh secara berjamaah, hanya solat subuh dua rakaat.
Tambahan lagi solat sunnah malam itu bersifat sunat manakala solat subuh itu adalah solat yang wajib. Sebagai perumpamaan seorang yang rajin untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis sepanjang tahun tetapi sengaja meninggalkan puasa wajib di bulan Ramadhan. Inilah fenomena yang berlaku hari berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya.
Saya pernah membaca buku yang membahaskan kelebihan solat subuh. Terdapat suatu cerita dari penulis tersebut yang amat menarik untuk saya kongsikan. Cerita yang berkisar pengalaman penulis yang mengikuti suatu seminar perubatan di Amerika, sesi pertama seminar tersebut bermula pada pukul 6 pagi. Selepas selesai solat subuh kira-kira 6.15 pagi, beliau bergegas ke tempat seminar dan membayangkan ruangan seminar masih kosong kerana beliau beranggapan siapa yang hendak datang seminar pada awal pagi. Tetapi anggapan penulis itu ternyata meleset malah beliau adalah antara orang duduk di barisan bagian belakang.
Dari kisah penulis buku tadi menjadikan saya agak terkejut dan kagum penyusunan waktu orang Amerika. Mereka malah bangun awal pagi hanya untuk mengikuti seminar yang bersifat duniawi dan pilihan sedangkan kaum muslimin di perintahkan Allah untuk bangun pagi untuk melaksanakan solat subuh yang menjadi tuntutan dan terdapat ganjaran dari Allah. Yang manakah lebih penting, perkara duniawi atau rahmat dan kasih sayang Allah? Itu yang berlaku pada kaum muslimin hari ini, masih kurang bijak memenilai.
Saya masih ingat kata-kata ibu saya tentang bangun awal pagi, “Orang tua-tua kata bangun pagi tu murah rezeki, pintu rezeki terbukak”… secara logic jika kita renungkan mengapa yang dikatakan bangun pagi itu murah rezeki, jika dilihat masa dari matahari terbit untuk sampai ke puncaknya adalah 5 jam dan masa yang ada untuk sampai masuknya matahari adalah 12 jam. Ia adalah jangka masa yang lama untuk yang bangun awal pagi berbanding yang orang yang bangun setelah matahari terbit tinggi. Tambahan pula waktu pagi adalah waktu di mana tenaga manusia berada tahap yang tertinggi selepas bangun dari tidur, jadi produksi yang terhasil pada waktu pagi adalah pada tahap yang maksimum dan akan mendatangkan banyak keuntungan.
Berkah Allah berlaku untuk semua hal baik berupa berdagang, bercucuk tanam untuk petani, para nelayan, membaca malah berjihad di jalan Allah. Sebagaimana Baginda mengisyaratkan untuk bermulanya peperangan setelah terbitnya matahari yang telah dituturkan oleh Nu’man bin Muqrin ra.. Ada sebuah kisah sahabat Rasulullah yang memegang sabda Rasulullah “Ya Allah, berkatilah umatku di waktu pagi” [HR At-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majjah]. Sahabat baginda tersebut bernama Shakhr Al-Ghamidi ra. yang merupakan seorang pedagang, beliau sering berangkat untuk berdagang maupun orang utusannya waktu awal pagi dan sering mendapat untuk yang banyak sehingga hartanya melimpah ruah. Dari Imam Ahmad, kerana terlalu banyak hartanya sehingga beliau tidak tahu lagi di mana untuk menyimpan hartanya.
Jika kita lihat dari sedikit perbahasan mengenai kelebihan solat subuh di atas, sebenarnya masih banyak kelebihan-kelebihan lainnya yang sudah terungkap maupun yang masih menjadi rahsia Allah SAW. Jika umat Islam menyedari nilai pada solat subuh, tidak mustahil untuk saya katakan keagungan Islam pasti akan kembali di muka bumi ini. Oleh itu, kepada semua kaum muslimin kuatkan tekad dan azam untuk sama-sama menjaga solat subuh yang telah diperintahkan Allah, serta berusaha untuk saling ingat-mengingati sesama kita. InsyAllah semoga Allah memberi kekuatan untuk saya cuba membahaskan bagaimana tips terbaik untuk memudahkan kita untuk bangun awal pagi untuk solat subuh pada masa akan datang. Astagfirullah hal’azim, Wassalam…